Eh, mana pulak ni??

Assalamualaikum. 
Maaf kerana sudah lama tidak update blog ini. Agak sibuk sedikit cuti winter kali ini. Kakaktua pula entah terbang kemana. 
Kali ini saya ingin berkongsi pengalaman saya. Maarad kitab ad-dauli (Cairo International book exhibition) telah lama bermula sejak 28 Januari kelmarin. Namun saya tidak berpeluang ke sana kerana peperiksaan yang tamat pada 3 Februari. Saya hanya berpeluang pergi ke sana sebanyak dua kali sahaja, itupun selepas periksa walaupun rumah kami agak dekat dengan tempat ma’rad tersebut.
Kali kedua saya pergi, saya bawa bersama beg beroda (saiz hand luggage). Saya pergi bersama beberapa orang sahabat. Tempat pertama yang kami tuju ialah Dar el-shurouq. Kemudian kami ke Dar el-andalus el-gedid, mencari buku-buku ‘menarik’ di sana. Lama juga kami di situ. Setelah puas membelek buku-buku di situ, saya cepat-cepat bayar buku-buku yang diambil di kaunter. Takut nanti jika terus berlama-lamaan di sana semakin kering duit saya.
Selesai membayar kami pun keluar. Niat di hati ingin menghubungi seorang rakan yang berada di masjid untuk mengajak pulang. Namun apabila dicari baru saya sedar rupa-rupanya telefon bimbit saya tiada di dalam beg. Jadi saya minta seorang sahabat yang bersama saya ketika itu miscall saya, malangnya dia kata nombor saya mughlaq (off). Saya terlalu yakin ketika itu handphone saya telah tiada diambil orang. Bukanlah saya ingin menuduh sesiapa tetapi apabila saya imbas kembali, memang ketika saya sedang membelek buku tadi, ada seorang lelaki yang mengekori sahaja ke mana saya pergi. Namun saya buat tidak tahu sahaja, cepat-cepat saya pergi ke tempat lain. Saya pelik juga. Keduanya, kalaulah bukan orang yang ambil, kenapa handphone tersebut switched off sedangkan saya tidak berbuat begitu, dan saya sangat yakin bateri masih full kerana saya baru sahaja charged. Namun inilah yang dikatakan takdir. 
Saya tidak tahu bagaimana ingin menggambarkan perasaan ketika itu. Sedih juga, banyak nombor penting dalam telefon tersebut. Tambahan pula, telefon itu merupakan pemberian kedua ibu bapa saya, tentulah saya sayang. Seorang sahabat menemani saya untuk bertanya kepada pekerja di kedai buku dar el-andalus, pekerja di situ cuba membuat panggilan ke handphone saya tetapi resultnya masih sama. Mughlaq. Mereka tidak dapat tolong, mereka hanya kata,”Semoga hari akhirat nanti kau akan tahu siapa yang ambil hp kau. Hari yang tiada lagi keraguan padanya.”
Memang ketika itu entah kenapa mata saya berair sedikit. Saya ingatkan pada diri saya, Qadar Allahu ma shaa fa’al. Lantas seorang sahabat membacakan sebuah buku kepada saya. “Apa tanda kamu beriman? Ujian. Memanglah kamu rasa kamu bertudung, tidak tinggalkan solat tetapi itu semua belum mebuktikan kekuatan iman kamu melainkan dengan Allah mendatangkan ujian.” Seorang lagi sahabat memujuk saya,”Takpe, bersyukurlah kerana Allah dah tarik satu perkara yang boleh melalaikan kita.” Hanya kalimah Alhamdulillah sahaja yang saya mampu ucapkan kerana dikurniakan teman-teman yang sering memberi peringatan kepada saya.
Teringat kata-kata Ibnu Mas’ud: Keyakinan ialah kamu tidak membuat manusia redha dengan kemurkaan Allah. Zuhud kepada dunia ialah kamu tidak berdukacita terhadap dunia yang luput daripadamu, dan kamu tidak gembira dengan dunia yang diberikan kepadamu.
Semoga kita semua tidak bersedih dengan dunia yang hilang daripada kita, tetapi sedihlah apabila iman kita hilang. Maaf saya tidak dapat upload gambar-gambar yang diambil di maarad kerana gambar-gambar tesebut berada di dalam handphone yang hilang. Semoga orang yang mengambil handphone saya dikurnikan hidayah olehNya. Amin =) 
 p/s: Sahabat-sahabat yang mempunyai sebarang urusan boleh hubungi ahli beit saya.
Advertisements

5 thoughts on “Eh, mana pulak ni??

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s