Hari-hari hari polis.

Orang yang tinggal di cuaca Mediterranean memang ‘asoby(easily agitated).

25 Januari Hari PDRM Mesir. Kali ini orang Mesir melempiaskan kemarahan mereka ke tempat yang betul.
Selalu yang menjadi mangsa kena marah ialah orang luar.
Siapa kata orang Mesir tidak penyabar, bahkan sangat penyabar dengan Firaun yang seorang ini.

Tunggu saja hari Jumaat. Jum’ah El-ghadab. Nampaknya Kementerian Dalam Negeri melipatgandakan kawalan dan kekuatan Amn Markaz dari seluruh muhafazah ke Kaherah.


Mahu lihat apa pengakhiran kisah Firaun ini.
Cast:
1. Mubarak sebagai Firaun.
2. AM dan kroni Mubarak sebagai Ahli sihir dan Haman.
3. Orang Mesir sebagai Bani Israel yang ditindas.
4. Musa dan Harun?

Yang lain jagalah keselamatan. Matawang Mesir pun sudah jatuh, sesuai pula masanya dengan ma’rad kitab. MYR 1 = EGP 1.91

 ربنا يحمينا جميعا ويحمى جميع المسلمين

Advertisements

10 thoughts on “Hari-hari hari polis.

  1. Maka benarlah sejarah itu mengulangi akan dirinya sendiri.

    Akan tetapi persoalan Musa & Harun yang menjadi tanda tanya, adalah sedikit pelik.

    Jika sejarah itu pengulangan, tidaklah susah menjangka siapa watak-wataknya. Maka tidak perlu sangsi siapa protagonisnya.

    – – – –

    Oh, dan nilai tukaran tinggi bukan alasan tidak berhemah berbelanja, kan?

  2. Khabar angin kata 'curfew' pun boleh diisytihar. Talian telefon disekat. Tiada pelancong mahu berjalan dalam iklim macam ini.

    Silap-silap tak boleh nak berbelanja pun, sebab Pameran buku tertangguh.

  3. Dah kalau macam tu macam mana entah nak keluar esok dan hari lain. Tapi ramai juga student dari Jordan datang bercuti sekarang, kesian.

    Di sini pun sudah bertrak-trak polis berkawal di masjid nur dan kanisa.

    Semua tangguh, sepatutnya cuti pun kena extend lah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s