Poligami, satu penyelesaian?

Perkembangan arus semasa menuntut wanita untuk keluar bekerja sepertimana kaum lelaki. Orang tua-tua zaman dahulu selalu menganggap wanita belajar setinggi manapun akhirnya akan ke dapur jua. Bagi saya, pendapat sebegitu sudah tidak valid.

Apa yang menyedihkan ialah wanita terlalu sibuk mengejar karier sehingga mengabaikan tanggungjawab utama iaitu mendidik anak-anak di rumah. Pendidikan anak-anak diserahkan kepada pengasuh, orang gaji, ataupun ditinggalkan di nurseri yang fikrahnya sekular. Akibatnya, anak-anak dahagakan kasih sayang ibu, institusi keluarga pincang dan membawa kepada rosaknya masyarakat.

Namun begitu, kelayakan yang tinggi merupakan suatu bonus terutamanya bagi ashab dakwah. Lebih-lebih lagi dalam masyarakat kita sekarang yang lebih memandang kepada taraf pendidikan seseorang. Hatta hantaran kahwin zaman sekarang pun, ramai ibu bapa menentukan nilainya berdasarkan kelayakan pendidikan anak-anak mereka.

Saya pernah bertanya kepada seseorang yang lebih berpengalaman dan sudahpun berkeluarga; dakwah juga menuntut supaya wanita yang faham Islam untuk keluar tampil kepada masyarakat, dan kemungkinan besar wanita ini masanya akan lebih banyak di luar berbanding masanya bersama anak-anak, sedangkan apa yang kita faham ialah tanggungjawab seorang ibu membentuk rijal dari rumahnya sendiri, jadi yang mana satu sepatutnya lebih diutamakan?. Apa yang beliau jawab ialah, sekiranya berlaku dua pertembungan antara kehendak masyarakat dan keluarga, yang perlu didahulukan ialah keluarga dan anak-anak kerana tanggungjawab mendidik masyarakat boleh sahaja dilakukan oleh orang lain, tapi anak-anak di rumah tak mungkin kita akan minta orang lain yang mendidik.

Saya berpendapat, tidak semua wanita yang faham Islam perlu mengejar kelayakan tinggi, hanya mereka yang extrovert dan mempunyai kebolehan untuk tampil ke hadapan, memang sangat-sangat diperlukan untuk mereka keluar menjadi qudwah kepada masyarakat. Namun begitu, dalam tempoh untuk mereka mencapai kelayakan tersebut, tidak dinafikan ada aspek yang akan terabai, mungkin kebajikan keluarga dan juga pendidikan anak-anak.

Di sinilah perlu adanya support system yang sentiasa menjaga kebajikan anak-anak sementara wanita ini memberikan khidmatnya kepada masyarakat. Tidak mungkin wanita tersebut mampu untuk membuat semua kerja dalam satu masa melainkan dia seorang superwoman. Pandangan saya, selain usaha badan dakwah mewujudkan pusat penjagaan kanak-kanak, sekolah dan sebagainya, sistem poligami juga boleh banyak membantu, di mana mungkin isteri pertama mengambil tugas mendidik masyarakat, manakala isteri kedua mentarbiyah anak-anak dan mengurus kebajikan di rumah. Apa yang penting, kedua-duanya mestilah mempunyai fikrah Islam yang sebenar.

Persoalannya sekarang, adakah semua wanita sanggup dimadukan? Atau adakah semua suami boleh berlaku adil? Setakat yang saya tanyakan kepada wanita-wanita yang sudah berkahwin, kebanyakkannya tidak setuju sekiranya suami mereka membuka cawangan lain, hanya satu dua orang yang bersetuju, itupun sebab mereka isteri kedua. Tidak setuju itu mungkin banyak dipengaruhi oleh emosi. Namun sekiranya seorang wanita mengejar kelayakan yang tinggi dalam usaha untuk meraih perhatian masyarakat demi memenuhi keperluan dakwah, ada aspek yang sangat berharga akan terkorban, maka saya rasa lebih elok perasaan yang telebih dahulu dikorbankan. Allahu a’lam.

p/s: Saya bukanlah pejuang poligami.
Poligami dan Dakwah

Advertisements

10 thoughts on “Poligami, satu penyelesaian?

  1. Salut buat tulisan yang terbuka dan jujur.

    Pejuang feminisme dan monogami perlu gentar dengan penulisan yang bersikap objektif begini.

    Orang yang faham hidup para isteri nabi s.a.w tiada sebab untuk menafikan kebenaran penulisan ini.

  2. Perlu difahami cara begini bukanlah bermakna menswastakan penjagaan anak kepada orang lain, seorang ibu tetap bertanggungjawab memikul amanah mentarbiyah anak-anak. Saya tahu ada yang tak setuju, seolah-olah cara sebegini maka si ibu boleh bersikap lepas tangan, tidak sama sekali. Cuma apa yang saya mahu sampaikan ialah sistem poligami hanya membantu menampal lompong dan kekurangan yang wujud, dalam menjaga kebajikan serta pendidikan anak-anak. Wallahu a'lam.

  3. Cuma dalam suasana masyarakat di Malaysia sekarang umumnya akan menganggap sistem ini terlalu ideal, jauh dari realiti, jika tujuannya seperti yang dimaksudkan penulis.

    Ada jalan yang panjang antara penulisan ini dan waktu idea ini akan diterima, yang perlu dipenuhkan dengan pendidikan perasaan yang tinggi.

    Apa faktor penulisan ini lahir?

  4. Pendidikan perasaan, macam mana? Itu dari satu sudut, dari sudut lain para suami sendiri yang perlu memainkan peranan, ramai isteri yang menolak poligami disebabkan jarang dijumpai lelaki yang berpoligami sekarang bersikap adil.

    Kata Hasan al-Banna: “Islam berpandangan wanita mempunyai tugas yang sesuai dengan semulajadi mereka iaitu di rumah dan bersama anak-anak. Sebagai anak gadis dia perlu mempersiapkan dirinya untuk memikul tanggungjawab keluarga di masa depan. Sebagai isteri dia perlu memberikan seluruh tumpuannya kepada rumah dan suaminya. Sebagai ibu dia perlu berkhidmat untuk suami dan anak-anaknya. Dia perlu memberi tumpuan kepada rumahnya. Dia adalah surirumah dan pengurus rumahtangga. Apakah dengan segala urusan rumahtangga ini wanita ada masa lapang untuk melakukan perkara-perkara lain…?” (Risalah Wanita Islam)

    Kalau dah tak ada lapang buat perkara lain macam mana? Dalam keadaan sekarang yang amat perlukan wanita yang faham Islam untuk fahamkan juga wanita di luar sana, pasti di situ ada sudut yang akan terabai. Sebab tu yang terfikir nak tulis.

  5. Pendidikan perasaan ertinya mendidik wanita belajar berkorban perasaan seperti yang dianjur penulis. Itu perlukan latihan dan tempoh.

    Keadilan suami bukan ertinya layanan sama rata semata. Adil ertinya melebihkan jika diperlukan, dan mengurangkan jika tidak diperlukan. Ukuran orang awam tentang keadilan suami ialah semuanya mesti sama banyak. Jika isteri pertama dapat RM2000 sebulan isteri kedua juga mesti dapat jumlah yang sama, walaupun mungkin pada hakikatnya, isteri pertama memerlukan lebih kerana beban lebih. Jadi, perlu juga mendidik supaya faham apa sebenarnya maksud keadilan suami.

    Pokoknya, semuanya perlukan pendidikan. Dan pendidikan perlukan masa, suasana, dan panduan, juga guru.

    Manusia menentang apa yang tidak mereka fahami.

    Siapakah pembaca sasaran penulis untuk penulisan ini?

  6. Perlu didik supaya berkorban dan juga perlu jelaskan hadaf.

    Sasarannya mestilah orang yang ada fikrah Islam, sebab tanggungjawab mendidik anak pun masih belum cukup difahami oleh orang kebanyakan, apatah lagi isu macam ni. Orang yang faham, memang takkan tolak, cuma apabila emosi menguasai maka hilanglah kerasionalan, siapa-siapa pun.

  7. Jika lebih kemas bahasa & diiring sedikit contoh yang jelas/fakta tentu lebih lazat dibaca.

    Biasanya yang minat berbincang macam ini cenderung menjadi ahli psikiatri,bukan?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s