Psychiatry : Pemisahan Sains dan Agama

Tiga minggu dalam round Psychiatry, terlalu banyak perkara yang saya belajar.  Walaupun ada sesetengah pelajar yang menganggap round kali ini agak bosan, mungkin disebabkan ia kurang dari sudut klinikal, tetapi bagi saya Psychiatry adalah satu-satunya subjek yang saya ambil tahun ini, membincangkan tentang jiwa manusia, walaupun mungkin ada beberapa teori yang diperkenalkan dalam subjek ini saya kurang bersetuju dengannya, kerana ia seolah-olah berat sebelah dan memandang dengan kaca mata sains tanpa mempertimbangkan pandangan agama.

Contoh yang boleh saya bawakan ialah seperti Obsessive Compulsive Disorder; saya pasti ada sebab lain penyakit ini berlaku selain daripada punca-punca yang tertulis dalam mana-mana buku Psikiatri. OCD dalam ibadah, apa puncanya? Ada di kalangan kita yang perlu berkali-kali mengambil wudu’ dan mengangkat takbiratul ihram kerana was-was.  Sebagai muslim, kita percaya bahawa ada bisikan-bisikan selain dari alam realiti yang sentiasa meragukan hati kita. Perkara ini telahpun Allah sebut dalam surah An-Nas ‘waswas al-khannas’. Syed Qutb dalam tafsir fi zilalil Quran menjelaskan maksud ‘Al-Khannas’ ialah ‘yang datang dan bersembunyi’. Apabila kita lalai, dia datang dan membisikkan waswas, dan apabila kita berlindung dengan nama Allah, dia lari dan bersembunyi. Maka salah satu rawatan penyakit jiwa bagi saya ialah dengan meminta perlindungan Allah S.W.T serta zikrullah.

Paranoid, sikap ragu-ragu atau tak percaya orang sekeliling juga antara yang dibincangkan dalam Psychiatry. Pernah satu hari pensyarah kami membawakan seorang pesakit Schizophrenia ke dalam kelas. Pesakit ini merupakan seorang peguam, dia mendakwa ibunya merupakan salah seorang agen CIA yang sedang cuba menangkap dan menggagalkan misinya. Menurutnya, ketika dia turun ke medan Tahrir 25 Januari tahun lalu, ibunya cuba menghalang. Sedangkan bagi seorang manusia yang boleh berfikir dengan waras, sepatutnya kita faham seorang ibu tentulah sangat risau akan keselamatan anaknya. Bagi saya, paranoid ialah suu’ dzon (sangka buruk) yang melampau, boleh jadi ia bermula dengan sedikit bersangka dan akhirnya menjadi barah.

Sebenarnya, banyak cabang dan teori dalam Psychiatry gagal dijelaskan dengan baik. Rata-rata para saintis membawa teori yang berbeza, yang kebanyakkannya masih belum terbukti benar. Pandangan saya, perkara yang menyentuh tentang jiwa manusia terlalu subjektif, cara mencari punca dan merawat perlu diperhalusi dengan baik dan jelas dari kedua-dua sudut pandang: Agama dan Sains.

Advertisements

One thought on “Psychiatry : Pemisahan Sains dan Agama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s