Huh, kamu Ikhwan ke??

Zaman pasca-Mubarak, seolah-olah Ikhwan Muslimin bebas bergerak dan melaungkan suara mereka. Kalau dahulu ramai ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara, tetapi sekarang cabarannya lebih kuat daripada dahulu. Ikhwan menghadapi serangan daripada pelbagai pihak, bermacam fitnah dan tohmahan tentang Ikhwan disebarkan, melalui media semasa terutamanya.

Sebuah kisah menarik diceritakan oleh salah seorang kenalan Mesir saya: Satu hari, sahabatnya bersama anak-anak beliau menahan sebuah teksi. Pemandu teksi tersebut berkata dengan nada sinis kepada anak perempuan bongsunya yang berumur 3 tahun, kanak-kanak tersebut ketika itu hanya memakai baby tank top, “Cepat, cepat naik ke sini! Lepas ni, Ikhwan memerintah budak perempuan dah tak boleh keluar rumah dan pakai macam ni lagi.”

Kebetulan ibu kanak-kanak tersebut merupakan salah seorang akhawat. Pada mulanya, beliau mahu mendiamkan diri sahaja. Tetapi akhirnya beliau membuat keputusan untuk menyatakan kepada pemandu teksi tersebut, kerana baginya seolah-olah pemandu teksi menyalah anggap bahawa Ikhwan hanya tahu mengurung semua wanita di rumah. “Kau tahu tak aku pun salah seorang anggota Ikhwan?” tanya beliau. Pemandu teksi terdiam, kemudian bertanya, “Sejak bila? Selepas revolusi ke?” “Taklah, dah lebih 30 tahun aku bersama Ikhwan,” balas si ibu. Pemandu teksi hanya membisu tidak terkata.

Bermacam-macam cerita tidak benar disebarkan melalui media. Ramai di kalangan rakyat Mesir memandang buruk kepada Ikhwan disebabkan fitnah media. Namun, pada masa yang sama Ikhwan juga berusaha keras menangkis segala fitnah tersebut. Antara usaha yang telah dilakukan selain keluar berjumpa dengan masyarakat ialah, menerbitkan stesen TV sendiri (Misr25), yang menelan belanja sebanyak 80 million pound Mesir sebulan. Daripada mana datangnya duit tanggungan stesen TV tersebut? Semuanya daripada poket-poket mereka sendiri, juga daripada iklan syarikat Juhayna. (Setakat ini channel Misr25 hanya ada iklan Juhayna sahaja).

Seorang kenalan saya bersama sahabatnya menaiki teksi ke salah sebuat pejabat kementerian. Dalam perjalanan, mereka berbual-bual dengan pemandu teksi, setelah lama berbual, barulah pemandu teksi tersebut tahu mereka juga merupakan anggota Ikhwan Muslimin. Pemandu tersebut sedikit terkejut lalu berkata, “Aku pelik kenapa banyak sangat cerita buruk yang aku dengar tentang orang baik macam kamu berdua ni.

Saya pun tak tahu. Awak tahu kenapa?

Advertisements

One thought on “Huh, kamu Ikhwan ke??

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s