Ikan di laut, asam di darat (1)

Alhamdulillah, gembira melihat tahun ini ramai kenalan yang mendirikan masjid. Tidak terasa setahun berlalu dengan cepat, rasanya macam baru semalam saya mendengar lafaz ijab dan qabul ketika hari pernikahan saya.

Belajar hidup sebumbung dengan orang yang kita tak pernah kenal (kecuali selepas proses taaruf), tak pernah berada di sekolah atau universiti yang sama, tapi akhirnya bertemu jua di jinjing pelamin. Walaupun di awalnya mungkin kedua-duanya terpaksa bersabar dengan kerenah pasangan yang bermacam, maklumlah kita datang dari Sungai Furat, dia dari Sungai Tigris, apabila tiba di titik pertemuan ‘Shatt Al-Arab’ tentulah berlaga keduanya kerana datang daripada arus yang berbeza, kemudian setelah beberapa waktu barulah boleh mengalir mengikut arus yang sama ke Teluk Parsi. Tiada yang mustahil, masakan tidak, ikan dan asam pun boleh bermuafakat di dalam periuk.

Saya selalu teringat kata-kata seorang ukhti suatu ketika dulu, ‘Perkahwinan ni macam bunga ros, cantik, tapi dahannya penuh dengan duri. Kita genggam dengan erat tak mahu melepaskannya, walaupun tangan kita banyak terluka.’ Kata-kata tersebut, ada betulnya. Memang cantik, dengan gambar-gambar perkahwinan berposing di sana sini, pakaian mewah bagaikan puteri raja, almaklumlah raja sehari kasilah ‘chance‘, memang indah dilihat, namun hakikat yang perlu lebih dilihat lebih jauh ialah bagaimana mengurus kehidupan selepas itu. Terutamanya apabila kita bernikah dengan ikhwah, kehidupan kita pasti akan lebih ‘extraordinary‘ berbanding dengan pasangan lain di luar sana. Menuntut tolak ansur, persefahaman, pengorbanan dan kesabaran yang tinggi antara satu sama lain. Jarang dapat meluangkan masa bersama, sekali-sekala dapat bersarapan dan bersembang sedikit sebanyak. Bila suami pulang lewat ke rumah, badan dan otak pun sudah penat, tak sempat melayan kerenah dan celoteh si isteri yang banyak bercakap. Kalau dia berada di rumah pun, jarang sekali dia sempat memikirkan lauk dalam peti masih cukup atau tidak, laundry sudah selesai atau belum, rumah sudah divacuum ke belum. Bertambah menguji kesabaran lagi sekiranya kita baru pulang ke rumah, melihat kerja-kerja rumah tak selesai, suami pula kita lihat sedang berehat, atau menghadap laptop, ataupun membaca buku, sedangkan kita terkejar-kejar hendak memasak lauk, mengemas rumah dan pakaian. Isteri pun terdetik, ‘Tak nampak ke kain yang tak berlipat tu‘ atau mungkin, ‘Macamana dia boleh rilek aje dengan keadaan rumah macam ni?‘ dan pelbagai telahan lagi yang muncul di benak isteri. Jarum yang patah disimpan dalam peti, tiba-tiba isteri menarik muka masam mencuka, yang suami pula tak tahu di mana punca.

Seelok-eloknya berbincang dan bersemukalah dengan baik, jangan disimpan di dalam hati. Sikap berterus -terang banyak menyelesaikan masalah suami isteri. Dari situ, barulah tahu rupanya suami kita sedang menyiapkan tugasannya, atau kita nampak dia berehat tapi kepalanya sesak dengan pelbagai urusan, dan kalau kita minta dia melipat baju contohnya, rupa-rupanya hari tersebut dia hendak menghabiskan buku bacaannya kerana esok ada pembentangan, atau boleh jadi dia sebenarnya sedang memikirkan idea yang boleh memberi sumbangan besar kepada dakwah, tetapi disebabkan terfikir tentang melipat baju, maka terbantutlah kreativiti si suami. Di situ, isterilah yang memainkan peranan, membantu meringankan bebannya, walaupun dilihat sekecil perkara seperti menghidangkan air milo panas, itupun sudah cukup melapangkan dada suami. Janganlah berasa jauh hati sekiranya isteri berceloteh tidak dilayan, ataupun suami jarang membantu menyelesaikan kerja-kerja rumah. Kadang-kadang bukanlah suami tak mahu membantu, tapi isteri yang tak berterus-terang apa yang perlu dibantu, si isteri menganggap suami boleh ‘faham-faham sendiri‘ saja, suami pula ingat ‘ok aje‘ tak ada kerja rumah yang tak selesai. Masalah kecil akan menjadi besar jika tidak diuruskan dengan baik.

Namun begitu, kita bukanlah isteri biasa yang sentiasa mahu berkira, “Saya dah buat banyak, kerja, program, usrah,anak-anak lagi, rumah pun saya yang uruskan, Abang buat apa?” tetapi sebaliknya, pandanglah sesuatu amal itu nilainya di sisi Allah SWT, ambillah ‘azimah‘ dan belajar berdikari. Atau sekurang-kurangnya renungkan ibu kita yang setia dan tak pernah merungut. Setiap perbuatan, walau sekecil manapun ia, sekiranya dilakukan dengan bersungguh dan ikhlas, Allah akan nilai dan ganjari setimpal dengan apa yang kita korbankan. Jangan dimatikan potensi suami yang besar dengan muka masam mencuka sebab ada perkara yang suami tak dapat bantu sedangkan kita boleh buat sendiri . Peluh dan keringat yang dikeluarkan, setiap otot yang digerakkan, setiap pengorbanan yang dilakukan, boleh jadi penyebab keberkatan mengalir dalam setiap langkah suami dan isteri mendapat syurga yang tidak ternilai harganya. Maka, pandanglah setiap perkara dengan positif, walaupun sekadar memberikan senyuman dan menghantar suami ke muka pintu, ia boleh menjadi penyebab yang menolak suami untuk bekerja dengan lebih kuat.

bersambung..

Advertisements

One thought on “Ikan di laut, asam di darat (1)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s