Asal usul ‘Al-Ishmam’ dalam kalimah لَا تَأْمَنَّا

Pos kali ini memerlukan pembaca mempunyai sedikit latar belakang dalam Bahasa Arab.

Berkenaan ayat dalam Surah Yusuf,
﴿ مَا لَكَ لَا تَأْمَنَّا عَلَى يُوسُفَ ﴾
dan sebab ia dibaca dengan al-ishmam.

Sepertimana yang diketahui dalam ilmu Nahu Bahasa Arab (لا تأمنَّا) merupakan ‘la nafiah'(لا النافية), bukan ‘la nahiah'( لا الناهية). Apabila ‘la nafiah’ masuk ke dalam fiil mudari'(فعل المضارع), maka i’rab (اعراب-perubahan/taqdir pada akhir kata) bagi fiil mudari’ tersebut tidak berubah.

Asal bagi kalimah ‘takmanna’ (تأمنا)ini ialah ‘takmanuna'(تأ مَ نُ نا)
( فعل مضارع مرفوع وعلامة رفعه الضمة ).

Tetapi kalimah( تأمننا ) terdapat padanya 3 huruf ghunnah secara berturut, dan ianya berat/sukar untuk disebut kerana ia adalah 3 huruf ghunnah yang ketiga-tiganya berbaris. Maka Arab telah cenderung untuk mematikan satu huruf bagi memudahkan sebutannya (التسكين للتخفيف).

Maka sebahagian Arab telah mematikan huruf nun yang pertama, dan selepasnya ialah ‘nun dhomir- نا’ (kata nama yang menunjukkan kepada ramai-kami), maka bertemulah 2 huruf mutamasilan (2 huruf yang seumpamanya) iaitu nun mati bertemu nun berbaris atas, menjadikan hukumnya idgham (yakni memasukkan bunyi nun pertama kepada nun kedua), maka hasilnya  nun kedua diletakkan tanda syaddah.

Tetapi dalam kes ini, kalimah (تأمنا) disertai ‘la nafiah’ sebelumnya, jadi bagi mengelakkan salah faham bahawa ini ialah ‘la nahiah’, dan bagi menunjukkan ‘nun’ yg pertama ini dimatikan barisnya untuk memudahkan sebutan, bukan mati/disukunkan secara I’rab, maka ia dibaca dengan al-Ishmam (serta merta memuncungkan bibir setelah menyebut nun mati tanpa mengeluarkan bunyi). Orang yang melihat qari secara automatik mengetahui bahawa لا yang disebutkan ialah لا nafiah. Begitulah bacaan yang telah diriwayatkan daripada Rasulullah S.A.W

–Wallahu a’lam–

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s