Yang Jarang Kita Sedar.

Mount Sinai “Kau ada facebook?” tanya seorang kawan Arab saya di kuliah.  “Hari ini, tanyalah sesiapa pun. Kebanyakannya ada akaun di facebook,” kata pensyarah Psikologi saya. Hampir semua orang ada facebook. Facebook banyak manfaatnya, tapi banyak juga keburukannya. Satu perangai yang kadang-kadang kita tak sedar ialah mengintip aktiviti orang lain di facebook. Klik profile ini, … Continue reading

"Kau tahu berapa?"

Daie sebetulnya perlu ada jaringan yang luas. “Kau tahu income sebulan aku berapa?” duga seorang teman ketika saya berbual dengannya menerusi telefon. “Berapa?” tanya saya acuh tak acuh. “Lebih RM10k,” jawabnya. Terpana sebentar saya. Saya tahu dia bukan mahu menunjuk, tapi sengaja mahu menaikkan semangat saya supaya menyertai business yang dijalankannya. 10 ribu sebulan bukan … Continue reading

Kita Ansar kah?

Pernah bayangkan, kita ada sebuah iPhone4 dan kita sangat memerlukannya. Kemudian, seorang rakan yang kita baru kenal kehilangan telefon bimbit. Sanggupkah kita berikan iPhone kita kepadanya. Maksud saya, bagi terus bukan pinjam. Atau, Kita hanya ada LE10 untuk sebulan (sebab MA**S belum masukkan duit), tapi kawan kita tiada duit langsung. Kita sanggup kongsi? Dapat bayangkan? … Continue reading

Kita Qabil atau Habil?

Assalamualaikum Update pendek daripada saya. Saya belajar sesuatu daripada kisah Qabil dan Habil dalam Surah Al-Maidah ayat 27-31.  Ketika Nabi Adam A.S meminta mereka berdua melakukan korban bagi menentukan siapakah yang layak untuk berkahwin dengan kembar Qabil, Allah telah menerima korban daripada Habil kerana Habil telah memberikan kambing yang paling gemuk, sihat dan terbaik dari … Continue reading

Salam Aidilfitri :)

Buat seluruh ahli keluarga saya, sahabat-sahabat, pembaca-pembaca blog saya, sesiapa yang mengenali saya, dan juga kaum muslimin di Malaysia dan di seluruh dunia, saya ucapkan, SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI Maaf Zahir & Batin Marilah bersama kita menyambut hari kemenangan ini dengan penuh kesyukuran kepada Allah, bermaaf-maafan sesama saudara, mengeratkan ukhuwwah kerana salah satu kekuatan … Continue reading

Biar putih tulang, jangan putih mata.

Sepatutnya bagi setiap individu yang mengaku dirinya Islam, dan setiap gerakan Islam mempertahankan 2 prinsip; merasa Islam itu tinggi dan tiada apa yang lebih tinggi daripada Islam, dan berlepas diri dari segala perkara jahiliyyah dan manusia yang menurut hawa nafsu. Malangnya, apa yang kita lihat sekarang kebanyakan dari kalangan kita umat Islam telah menggadaikan 2 … Continue reading

Di mana kekuatan Simba?

Saya teringat zaman kanak-kanak saya dulu sangat suka cerita The Lion King walaupun saya baru saja tau dalamnya ada subliminal message tapi saya dapat juga pengajaran dari sudut lain. Semasa pemerintahan Mufasa (bapa Simba), Pride Lands subur dan aman damai. Haiwan hidup dengan riang. Malangnya, Mufasa telah dijatuhkan oleh adiknya sendiri, Scar yang mahu mengambil … Continue reading

Dulu lain, sekarang lain

Dulu result tampal kat lorong ni. Alhamdulillah selesai sudah paper Pharmacology. Tinggal satu lagi, Parasites! Terima kasih kepada teman saya ketika exam, Yaya. hehe. Yaya dari tahun satu lagi bila exam duduk dekat saya. Maklumlah nama kitorang dekat-dekat. Kalau tak dapat duduk sebelah-sebelah dalam dewan periksa, duduk belakang. Oral exam mesti dia lepas saya atau … Continue reading

Nobita juga berubah

Siri anime yang paling saya gemari ketika zaman kanak-kanak ialah Doraemon. Malah saya mempunyai hampir 97% koleksi manga Doraemon. Ada beberapa siri saja yang tak ada, boleh jadi mak saya sudah jualkan kepada lori ‘suratkhabar lama’. Siri akhir Doraemon sangat touching. Tidak lama kemudian Fujiko F.Fujio meninggal dunia. Kisah persahabatan antara manusia dan robot. Doraemon … Continue reading

19 orang anak??

Saya terkejut apabila membaca berita di Yahoo, sepasang suami isteri berbangsa Amerika mempunyai 19 orang anak. Bukan anak angkat ye, tapi anak kandung. The Duggar Family Kemudian saya search di wikipedia tentang keluarga ini. Antara perkara yang saya rasa unik ada pada mereka: 1. The family is conservative Christian and has strong beliefs in such … Continue reading